MENGENAI MPL MY

Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 9 (MPL MY S9) adalah liga e-sukan perintis untuk Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia. Peringkat Qualifiers untuk MPL MY S9 dijalankan secara atas talian manakala peringkat Regular Season dan Playoffs akan dilakukan secara luar talian atau on-ground

10 pasukan, termasuk 8 pasukan jemputan bersama 2 pasukan yang layak dari peringkat Qualifiers akan bertarung dalam Regular Season, di mana hanya 8 pasukan teratas sahaja akan meneruskan ke peringkat Playoffs.

Keberanian pasukan yang layak ke peringkat Playoffs akan diuji, dimana mereka akan berjuang untuk peluang memenangi kumpulan hadiah utama wang tunai sejumlah USD$ 100,000! Kejohanan MPL MY S9 akan disiarkan SECARA LANGSUNG di semua laman media sosial rasmi MPL MY termasuk Facebook, YouTube dan TikTok.

MPL MY S9 dibawakan khas kepada anda oleh Moonton, dipersembahkan oleh McDelivery, disokong oleh Telefon Pintar Rasmi Samsung Galaxy A Series dan juga diraikan bersama Nescafe.

MPL MY telah diasaskan secara rasmi pada 2017 di mana IDNS SG menjadi juara pertama untuk Musim julung kali itu. Musim ke-2 berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2018 yang menyaksikan Saiyan Reborn dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi negara Malaysia. Berikutan itu, Musim ke-3 diadakan pada Januari hingga April 2019 tetapi kali ini, mahkota MPL MY telah dirampas oleh rakan sepasukan Malaysia, Geek Fam. Pada Musim ke-4, kami menyaksikan satu persaingan yang sangat sengit tetapi EVOS Esports berjaya merangkul gelaran sebagai juara di peringkat akhir. Pasukan Resurgence dinobatkan juara untuk Musim ke-5 selepas menguasai keseluruhan musim. Musim ke-6 ialah kemenangan sempurna untuk TODAK, yang tidak tewas satu perlawanan sepanjang musim. Musim ke-7 adalah kebangkitan RSG MY, yang berjaya mencuri gelaran juara MPL MY daripada TODAK. Baru-baru ini, Team SMG telah dinobatkan sebagai Juara MPL MY S8 selepas prestasi yang menakjubkan semasa Peringkat Regular Season dan Playoffs.

Team SMG mengagumkan semua penonton dan peminat Mobile Legends:Bang Bang di Malaysia selepas mendominasi Grand Final MPL MY S8. Mereka berjaya menewaskan pasukan TODAK 4-0 di peringkat akhir dan dinobatkan sebagai pasukan terbaik di Malaysia.

Team SMG dibarisi oleh Sasa, Smooth, Wynn, ZAIMSEMPOI, Syf dan XpDEA dimana Sasa juga telah dianugerahkan gelaran MVP untuk peringkat Playoffs dan Grand Finals MPL MY S8.

Team SMG juga merupakan antara pasukan pertama yang layak masuk kejohanan MPLI 2021 dan telah mewakili negara Malaysia di kejohanan M3 World Championship pada tahun 2021.