HOMEBOIS

HomeBois pada asalnya adalah sebuah team production yang membantu ahli-ahli Team Bosskurr di sebalik tabir dari segi content, merchandise dan lain-lain lagi. Sebelum bergelar HomeBois, mereka dahulunya dikenali sebagai MEDANCALLINGKIDS yang aktif bermain skateboard di Johor Bahru dan turut mengeluarkan jenama pakaian mereka sendiri sekitar tahun 2011 sehingga 2015. Turut menganggotai MEDANCALLINGKIDS adalah Daddyhood. Di atas nasihat Daddyhood, pada penghujung tahun 2018, mereka mengambil keputusan untuk merehatkan MEDANCALLINGKIDS untuk fokus kepada HomeBois Production. HomeBois akhirnya dilahirkan melalui Daddy Hood dan Avaaa yang mempunyai hubungan akrab. Mereka berdua pernah menjadi rakan sepasukan dalam Saiyan Royale dan akhirnya berpecah membawa haluan. Pasukan ini wujud apabila Avaaa mengemukakan idea untuk bergiat lebih profesional dalam industri e-sukan MLBB dan Daddy Hood bersetuju untuk menubuhkan satu team yang di bawah nama ini. Akhirnya Avaaa mencapai kata sepakat bersama pasukan Terbang ( yang dirangkumi Inferni , Anippp , Sepat , Ijat , Chibii ) untuk bergabung dan bermain di bawah nama baru iaitu HomeBois.

Chan

Manager

Pkh

Analyst

Skadaga

Coach

Saiful

Roamer

Irfan

EXP Lane

Anippp

Gold Lane

Chibi

Jungler

Vins

Mid Laner

Benggg

Flex

Avaaa

Mid Laner

Aul

Flex

Ijat

Roamer

Pencapaian masa lalu

  • 7th-8th MPL S7